Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara
Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan
Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati
Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur
Lagu: P. Ramlee
Lirik: P. Ramlee
~Insan Seni, Pemikir & Kreatif Terhebat~
Sehingga kini ada beberapa tulisan tentang seniman Tan Sri P. Ramlee, baik dalam bentuk buku, makalah atau program-program televisyen. Pada umumnya penekanan yang diberi tidak betul-betul kena sasaran fakta-fakta kehebatan seniman besar ini. Justeru, gambaran tentang kehebatan beliau masih kabur. Sebaliknya pula, beliau telah diterima oleh sebahagian besar masyarakat Melayu sebagai seniman agung, legenda seni dan ikon negara.
Dokumentari mengenai P. Ramlee menurut pandangan orang luar negara seperti Indonesia & Eropah. Siaran asal disiarkan di Astro Prima pada Mei lalu sempena hari pemergian P. Ramlee.
Kebanyakkan yang membicarakan tentang insan bernama P. Ramlee ini tidak kiralah samada melalui buku2, akhbar2, bual bicara oleh seseorang di televisyen dan banyak lagi ialah mengenai peribadinya, suka duka hidupnya, tentang lagu2 dan filem2nya dan banyak lagi yang lainnya semua menjurus kepada peribadi P. Ramlee.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa P. Ramlee sebenarnya lebih dari itu. Kelebihan P. Ramlee bukannya setakat sebagai penyanyi, pemuzik, pencipta lagu, pelakon, pengarah, penulis skrip dan penghibur tetapi lebih dari itu P. Ramlee adalah seorang insan yang penuh dengan jiwa seni, insan yang penuh dengan jiwa pemikir dan juga insan yang penuh dengan jiwa kreatif.
Sekarang, mari sama2 kita rungkai satu persatu 3 perkataan keramat ini bagi P. Ramlee iaitu insan seni, insan pemikir dan insan kreatif.
Pertama, insan seni. Kelebihan P. Ramlee sebagai insan seni dapat dilihat melalui lagu2 nyanyian dan ciptaannya, lirik2nya dan kebolehannya bermain alat2 muzik. Kita dapat lihat kebanyakkan lagu2 P. Ramlee sampai sekarang masih lagi kekal dinyanyikan, masih lagi terngiang2 di ingatan dan mudah diingati dan difahami. Ini kerana lagu2 P. Ramlee diciptakan dengan penuh berseni lahir dari jiwa seorang insan seni. Ia juga kerana lagu2 P. Ramlee dicipta dengan penuh penghayatan dan lagu2nya juga mampu bertahan disebabkan lebih bersifat evergreen (malar segar).
P. Ramlee juga mahir dalam bermain alat2 muzik. Beliau dikatakan boleh bermain biola, gitar, piano serta organ secara sederhana dan pandai juga tentang nota muzik. Antara keempat-empat instrumen itu beliau dikatakan lebih cekap bermain biola. Apabila kita mendengar muzik2nya melalui lagu2nya, kita mendengarnya semacam susunan muziknya kena dengan lagu2 dan lirik2nya. Itulah yang dinamakan P. Ramlee sebagai insan seni yang berbakat dan terhebat dan sukar di cari ganti. Bersambung...
"Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan.
Oleh itu, buatlah sungguh-sungguh dengan penuh kejujuran." (P. Ramlee)
"Membuat filem haruslah dari 'idea' dan 'feeling'." (P. Ramlee)
“Masyarakat harus mengikuti perkembangan filem kerana pembuat filem ialah orang yang kreatif dan dapat membentuk masyarakat. Apa yang dipaparkan dalam filem akan diikuti oleh masyarakat”
(P. Ramlee)
"Muzik adalah nadi sesebuah filem." (P. Ramlee)
Ketika jasadmu
Dikebumikan
Bertitis air mata
Yang ditinggalkan
Kembali sudah
Engkau kepadaNya.
Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati
Hatiku hancur
Airmata di
Lirik: P. Ramlee
"Filem ini adalah hasil pemikiran yang mendalam, pengalaman yang meluas dan pengkajian yang halus, teliti dan bertanggungjawab."
(P. Ramlee)